Monday 11 March 2013

Pertandingan Menutup Aurat De Facebook (InDaHnYa BeRpUrDaH)

Assalamualaikum w.b.t

sudahkah kalian bersedia untuk kelancaran contest yang telah kami janjikan beberapa minggu lalu ? :)

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya mulakan (^_^)v

Pertandingan gambar menutup aurat de facebook ...
 
Laman rasmi InDaHnYa berPurdah di Facebook dengan sukacitanya ingin melancarkan Pertandingan gambar menutup Aurat De Facebook berkonsepkan Auratku Maruahku! Dengan tujuan ingin merancakkan aktiviti dakwah dari pelbagai bidang dan kreativi. Pertandingan ini juga berharap dapat menarik lebih ramai men'join'kan diri. Dakwah bukan sahaja buat mereka yang bergelar ustaz atau ustazah. Setiap manusia di muka bumi Allah ini adalah pemimpin. Dakwah menyeru melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran . ^_^
 
Inilah masanya untuk kita melihat kreativiti generasi muda, generasi yang bakal menggegarkan dunia islam secara umumnya. Insya-Allah. Memandangkan ini ialah pertandingan yang pertama dianjurkan oleh I.B. hadiahnya tidaklah terlalu lumayan. Harapnya para peserta dapat melihat ganjaran yang akan diberikan oleh Allah yang lebih baik :) Gambar yang menyemtuh hati dan mengingatkan si pembaca pada Ilahi.
 
Hadiahnya ialah terdiri daripada kelengkapan untuk menutup aurat dengan sempurna. Ia-nya ialah sesuatu yang misteri dan akan menjadi kejutan buat anda semua. Insya-Allah.
 
Penilaian pemarkahan 80% berdasarkan bilangan like dan selebihnya 20% berdasarkan kata-kata mutiara yang terdapat pada gambar yang anda hantar pada kami. Mutiara kata ini akan dinilai oleh 2 orang admin page Indahnya Berpurdah :
 
1) Ustaz Mustaqim (Admin indahnya berpurdah)
 
2) Ukhti Arani Anwah (cO-admin indahnya berpurdah)
 
Mari kita baca syarat2 penyertaan pertandingan poster ini :
 
- Pertandingan ini terbuka kepada semua orang tidak kira dari negara mana.
- Tiada had untuk bilangan penyertaan
- penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.
- setiap penyertaan boleh dihantar ke email : nadz_luvsteddy90@yahoo.com . Poster kemudiannya akan dimuat naik ke album khas di laman page indahnya berpurdah di facebook.
- poster akan dinilai berdasarkan klik like sebanyak 80% dan selebihnya berdasarkan kata-kata mutiara yang di'hint'kan di gambar yang di post!
- Pertandingan akan bermula pada 17 MARCH 2013 sehingga 20 APRIL 2013
- Kriteria poster :
a) karya hendaklah asli dan segar, tidak boleh diciplak. kalau sekadar mengambil inspirasi itu boleh di terima.
b) poster mesti lah mempunyai unsur dakwah. tidak semestinya tazkirah panjang lebar, tidak semsetinya perlu ada ayat Al-Quran dan Hadis.Think out of the box, be creative! Yang penting dakwah itu menyeru ke arah kebaikan, meninggalkan kemungkaran. Walaubagaimanapun, ia mestilah tidak mnyentuh isu sensitiviti agama dan budaya serta isu sensitif politik.
c) Untuk memastikan kualiti poster yang baik, poster boleh dipilih berdasarkan saiz berikut :(1024 x 2576) (1280 x 720) (1792 x 1008) (2560 x 1440) pixels.  
d) boleh menggunakan apa sahaja dalam penghasilan poster . BE CERATIVE!
e) Penghantaran poster tidak boleh di tarik balik. Apabila dihantar, pihak penganjur akan menggunakannya untuk promosi pertandingan dan aktiviti dakwah masa hadapan.
f) Setiap penyertaan poster perlu ada tagline "Indahnya Berpurdah" Ketiadaan tagline dianggap tidak menepati syarat penerimaan pertandingan.
 
Marilah sertai poster dakwah ini beramai-ramai! ini lah masanya kita menggunakan kreativiti kita untuk meluaskan skop dakwah di serata dunia. Ajak lah rakan anda untuk turut serta ^_^
 
Kami menunggu poster2 menarik dari anda . Bitaufiq wannajah!
 
ini contoh gambar yang diambil dari satu page . lihat dibawahnya ada tagline DSK :)